Hukuman nun mati dan tanwin ada 4, sesuai dengan kaidah:
للنون إن تسكن و للتنوين - أربع أحكام فخذ تبيين
1. Ta'rif Idhar:
Izhar( الإظهار ).
Dari sudut bahasa: Menyatakan, menerangkan sesuatu. Dari sudut istilah Ilmu Tajwid: Mengeluarkan sebutan setiap huruf dari makhrajnya (tempat keluarnya) tanpa dengung
a. Lugot/Bahasa : Jelas
b. Istilah Ahli Tajwin: Melapalkan/membaca dengan jelas dengungnya dan tidak panjang bacaannya ketika bertemu nun mati atau tanwin dengan beberapa hurup idhar,
penafat kaidah:
فلأول الإظهار قبل الأحرف - للحلق ست رتبط فلترف
2. Huruf Idlhar ada 6,
- Hamzah (أ) contoh من أمن / زرف أمين
- Ha (ه) contoh من هاد /
- Ain (ع) contoh من علم /
- Ha (ح) contoh من حليم /
- Gin (غ) contoh من غل /
- Kho (خ) contoh من خير /
sesuai qoidah:
همز فهاء ثم عين خاء - مهمالتان ثم غين خاء
Pembagian Idhar:
a. Izhar Halqi( الإظهار الحلقي ).
Dari sudut bahasa: Menyatakan, menerangkan sesuatu. Dari sudut istilah Ilmu Tajwid: Mengeluarkan sebutan setiap huruf dari makhrajnya (tempat keluarnya) tanpa dengung. Ia dinamakan Halqi kerana enam hurufnya keluar dari kerongkong. Huruf-huruf tersebut ialah: Hamzah( أ ), Ha'( هـ ), 'Ain( ع ), Ha'( ح ), Ghain( غ )dan Kha'( خ ).
b. Izhar Mutlaq( الإظهار المطلق ).
Dari sudut bahasa: Menyatakan, menerangkan sesuatu. Dari sudut istilah Ilmu Tajwid: Mengeluarkan sebutan setiap huruf dari makhrajnya (tempat keluarnya) tanpa dengung. Ia dinamakan Mutlaq ialah kerana makhrajnya bukan dari tekak atau mulut. Izhar Mutlaq dibaca apabila huruf Ya' atau Wau terdapat selepas Nun Sukun di dalam satu kalimah. Ia terdapat pada empat tempat sahaja di dalam al-Quran iaitu: ( قنوان - صنوان - بنيان - الدنيا ).
Manakala( يس والقرآن الحكيم), (ن والقلم وما يسطرون )pula, hukum kedua-duanya adalah Izhar Mutlaq walaupun ia berada di dalam dua kalimah kerana mengikut bacaan riwayat Hafs.
No comments:
Post a Comment